Guan Eng tak berani jawab soalan dengan betul: Najib

Hamparan yang ditunjukkan Najib
Hamparan yang ditunjukkan Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan mendakwa beliau tidak berani menjawab soalan dengan betul dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkongsikan satu video dalam Facebook beliau memaparkan dirinya mengajukan soalan kepada Guan Eng berhubung hutang negara ketika sesi perbahasan berlangsung.

Begitupun, dalam hantaran sama, Najib meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawapan dikemukakan Ahli Parlimen Bagan itu dan mendakwa Guan Eng ‘cuba mencari alasan yang langsung tidak masuk akal untuk salahkan BN’.

“Menteri Kewangan akhirnya terpaksa mengaku bahawa Hutang Negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi di bawah kerajaan PH berbanding tahun-tahun sebelumnya di bawah BN.

“Ini bermakna jumlah hutang kerajaan telah meningkat RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada hari ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017, tetapi Menteri Kewangan memberi alasan bahawa mereka perlu mengikut bajet tahun 2018 dari BN.

“Oleh itu, hutang negara naik dengan begitu tinggi sekali, ini satu alasan yang tidak logik sama sekali,” tulis beliau. Dalam pada itu, Najib turut menyanggah kenyataan Guan Eng mengaitkan belanjawan dibuat BN menyebabkan hutang negara meningkat.

“Satu Malaysia tahu bahawa banyak projek dan bantuan di bawah Bajet 2018 dari BN telah dimansuh atau dikurangkan selepas PH mengambil alih.

"Dari mana hutang meningkat dengan begitu banyak kerana Bajet 2018 dari BN?

Artikel Berkaitan:

"PH tidak mengikut bajet 2018 dari BN pun tetapi tiba-tiba mahu gunakan ini sebagai alasan mengapa hutang negara naik, tiba-tiba Menteri Kewangan seperti tersedar alasan beliau tidak logik.

“Akhirnya, dia petik hutang 1MDB pula.

"Ini satu lagi contoh bagaimana Menteri Kewangan tak berani menjawab soalan dengan betul,” ujarnya.