Covid-19: 1,697 jangkitan baharu, lima kematian

KKM merekodkan 1,697 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,479,809. - Gambar hiasan
KKM merekodkan 1,697 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,479,809. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,697 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,479,809.

Menurut data di portal CovidNow, kesemua kes yang dilaporkan merupakan penularan tempatan.

Sementara itu, lima kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 turut direkodkan setakat tengah malam Isnin.

Daripada jumlah tersebut, satu kematian adalah di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,625 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 31,024 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, seramai 29,693 individu dikuarantin di rumah.

Seramai 23 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu juga merekodkan sebanyak 1,123 kes menerima rawatan di hospital dan 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).