X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

KUSKOP rancang tubuh skim khas bantu usahawan siswazah

Noh Omar (tengah) beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Majlis Ramah Mesra Menteri KUSKOP bersama Usahawan dan Koperasi Selangor serta Sambutan Aidilfitri di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang menubuhkan skim khas untuk membantu para usahawan dalam kalangan siswazah tempatan, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.

"(Bantuan) ini akan saya beritahu kelak tetapi memang kami sedang berbincang kerana sebagai contoh, kita sudah ada skim untuk sektor informal, justeru saya berpendapat sudah tiba masanya kita merancang mewujudkan satu skim khusus untuk usahawan dalam kalangan siswazah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini, malam ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, KUSKOP akan terus membantu golongan usahawan menerusi pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan terutamanya apabila aktiviti ekonomi negara kini kembali pulih.

"Insya-ALLAH, seandainya tidak sempat dilakukan tahun ini, kementerian akan mohon (bantuan tambahan daripada kerajaan) melalui Belanjawan untuk tahun hadapan terutamanya untuk usahawan muda dan siswazah.

"Ini adalah susulan perjumpaan saya dengan pentadbir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Utara Malaysia yang menyediakan kursus-kursus keusahawanan... hubungan antara kementerian dan universiti berkenaan ini akan diperkukuhkan lagi,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!