X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Kuartet 4x100m lelaki negara pecah rekod kebangsaan

Kuartet 4x100 meter lelaki negara berjaya meraih pingat perak serta memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

KUARTET 4x100m lelaki berjaya mempamerkan aksi terbaik pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh pada Isnin apabila merangkul perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara itu.

Gandingan mantap Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang menerima gelaran 'Úsain Bolt' Malaysia, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail dan juara bertahan acara 100m lelaki, Muhammad Haiqal Hanafi berjaya menamatkan larian dalam masa 39.09s.

Muhammad Zulfiqar berkata: "Selepas hampir lima bulan berlatih bersama-sama di Majlis Sukan Negara dan hasil bantuan Institut Sukan Negara, kami berjaya memperbaiki rekod kebangsaan kali ini.”

Rekod terdahulu adalah 39.27s yang dicatatkan oleh kuartet Nixson Kennedy, Muhammad Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Russel Alexander Nasir Taib pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Thailand berjaya mempertahankan pingat emas dengan mencatatkan rekod kejohanan yang baharu dengan 38.58s, mengatasi rekod sendirinya 38.90s yang dilakukan di edisi KL 2017, manakala Singapura meraih gangsa dengan larian 39.44s.

Terdahulu, dalam acara 800m wanita, Savinder Kaur Joginder Singh berjaya meraih gangsa dengan catatan masa 2:10.240s, di belakang peserta tuan rumah Anh Khuat Phuong (2:08.740s) dan Agustina Mardika (2:09.90s) dari Indonesia. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!