X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR

Amirudin menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Gombak di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, pada Isnin.
A
A

HULU KELANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meletakkan keyakinan mampu menang kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditandinginya pada Pemilihan PKR 2022.

Beliau yang turut bertanding mempertahankan kerusi Ketua Cabang Gombak berkata, walaupun Pemilihan PKR masih di peringkat awal namun maklum balas diterima hasil pertemuan bersama anggota parti memberangsangkan.

Bagaimanapun katanya, gambaran menyeluruh sokongan pemilihan tersebut belum dapat dipastikan susulan terdapat negeri yang tinggi pengundi seperti di Selangor belum memulakan proses pengundian.

"Pertemuan saya bersama anggota sangat menyakinkan dan sokongan undi ke atas saya akan dilakukan. Namun, kita tidak mahu menafikan kekuatan dan kemampuan rakan-rakan lain yang bertanding bagi jawatan sama.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk memilih," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Gombak di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan Pemilihan PKR secara fizikal yang sedang berlangsung secara berperingkat bermula Terengganu dan Kelantan pada13 Mei lalu.

Pemilihan PKR di Selangor akan berlangsung pada 21 Mei dan diakhiri di negeri Perak serta Sarawak pada 22 Mei depan.

Pemilihan PKR pada kali ini memperkenalkan pengundian secara dalan talian di aplikasi Adil pada 18 Mei hingga 20 Mei sebagai pilihan kepada anggota yang tidak mahu mengundi secara fizikal.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!