Gimnastik artistik tambah koleksi emas negara

Aksi Rachel Yeoh dalam acara akhir gimnastik artistik wanita kategori Palang Bertingkat (Uneven Bar) pada Sukan SEA ke-31 di Kompleks Sukan Quan Ngua pada Ahad. - Foto Bernama
Aksi Rachel Yeoh dalam acara akhir gimnastik artistik wanita kategori Palang Bertingkat (Uneven Bar) pada Sukan SEA ke-31 di Kompleks Sukan Quan Ngua pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

GIMNAS negara, Rachel Yeoh menambah koleksi pingat emas negara apabila memenangi acara Women’s Uneven Bars bagi kategori gimnastik artistik di gimnasium Quan Ngua, Hanoi petang Ahad.

Rachel mencatat 13.000 mata bagi menewaskan pencabar-pencabar lain bagi acara berkenaan.

Dalam pada itu, bagi acara akhir Pommel Horse (lelaki), Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul Aimy masing-masing meraih pingat perak dan pingat gangsa.