Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini. - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” titah baginda.

Perayaan Hari Wesak disambut pada Ahad.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. - Bernama