X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

'Ahli ganggu-gugat perpaduan parti, bukan orang UMNO'

Muhammad Jailani (kiri) ketika menyampaikan duit raya kepada anak yatim ketika Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia di sini, pada Jumaat.
A
A

ALOR GAJAH - Tindakan ahli yang mahu menganggu-gugat perpaduan UMNO dalam negeri ini disifatkan sebagai bukan anggota parti tersebut.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, biarpun mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO namun malangnya jiwa mereka tidak mempunyai 'roh' perjuangan parti itu.

"Roh (perjuangan) UMNO ini menekankan agama dulu, bangsa dan negara.

"Kalau tak ada semua itu dan hanya menekankan nafsu serta tamak haloba dia bukan orang UMNO," katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, tidak mahu memberikan sebarang komen sama ada terdapat konflik mahupun 'gerakan' yang mahu menjatuhkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali atau sebaliknya.

"Saya tak nak komen cuma kasihan kepada Datuk Seri Sulaiman yang sentiasa mengutamakan dan mendahulukan kebajikan rakyat sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO negeri yang juga ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan dalam satu kenyataan berkata, adalah wajar pemimpin UMNO bersikap lebih matang dan jika terdapat sebarang pemasalahan dalam parti dibawa berbincang bersama bukannya diterjemahkan dalam media sosial.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sekian lama cemburu serta berniat jahat ingin melaga-lagakan, merosakkan reputasi, perhubungan serta keharmonian UMNO dan kerajaan negeri.

Ia katanya, ancaman yang perlu dihentikan segera.

Tambahnya, pemuda UMNO Melaka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang parti kepada pihak yang membuat dakwaan palsu.

Perkara itu juga akan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin UMNO Malaysia jika terdapat kepimpinan atau ahli parti itu yang membuat dakwaan atau kenyataan tidak bertanggungjawab sehingga menggugat kestabilan kerajaan negeri dan parti.

"Semua pihak terutamanya kepimpinan di semua peringkat perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menjadi 'batu api' perpecahan.

"Sebaliknya kita bersama-sama menumpukan khidmat kepada rakyat dan negeri disamping mempersiap dan memperkemas gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!