Sila log masuk terlebih dahulu.

Ranil Wickremesinghe kembali pikul tugas PM Sri Lanka

Ranil Wickremesinghe
Ranil Wickremesinghe
A
A
A

NEW DELHI - Veteran politik, Ranil Wickremesinghe, yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Khamis, berdepan tugas yang sukar untuk membawa negara itu keluar daripada kemelut kewangan semasanya.

Beliau menggantikan Mahinda Rajapaksa, 76, yang meletak jawatan pada Isnin di tengah-tengah pergolakan yang semakin meningkat berhubung pengendalian kerajaan terhadap krisis ekonomi yang meruncing.

Wickremesinghe, 73, pemimpin Parti Kebangsaan Bersatu (UNP), mengangkat sumpah di hadapan Presiden, Gotabaya Rajapaksa di pejabat presiden.

Gotabaya berkata Wickremesinghe "memikul tugas yang mencabar untuk mengemudi negara kita melalui masa yang sangat bergelora".

Wickremesinghe adalah ahli Parlimen tunggal daripada partinya dalam Parlimen 225 kerusi dan berhadapan tugas yang sukar bagi mendapatkan sokongan untuk dasar-dasar beliau.

Ia merupakan kali keenam ahli politik veteran itu menyandang jawatan perdana menteri.

Mempunyai latar belakang sebagai peguam, beliau dipilih ke Parlimen buat kali pertama pada 1977 dan menjadi menteri kabinet pada usia 29 tahun pada 1978.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri baharu itu berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk meredakan kemarahan orang ramai terhadap inflasi dan kekurangan barangan keperluan serta mendapatkan wang tunai daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi menstabilkan ekonomi negara.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan ratusan orang cedera dalam keganasan yang tercetus sejak beberapa hari lalu. - Bernama