Kerjasama MN: UMNO Selangor akur keputusan parti

Noh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Kerajaan Persatuan di Dewan Dato' Penggawa di sini pada Khamis.
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Kerajaan Persatuan di Dewan Dato' Penggawa di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO Selangor berpegang prinsip untuk terus walak dengan apa jua keputusan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu termasuk jika terpaksa melupakan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, UMNO Selangor berpendirian untuk mengikut apa jua keputusan dan arahan diputuskan parti.

"Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Kerajaan Persatuan di Dewan Dato' Penggawa di sini pada Khamis.

Pada 7 Mei lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerjasama UMNO dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.

Ahmad Zahid berkata, parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.