Kovacic terlepas aksi final Piala FA

Kovacic alami kecederaan di buku lali ketika Chelsea catat kemenangan 3-0 di Elland Road pada Rabu.
Kovacic alami kecederaan di buku lali ketika Chelsea catat kemenangan 3-0 di Elland Road pada Rabu.
A
A
A

TONGGAK tengah Chelsea, Mateo Kovacic berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada Sabtu.

Perkembangan itu disahkan pengendali The Blues, Thomas Tuchel yang memberitahu pemain kelahiran Croatia itu mengalami kecederaan serius ketika Chelsea mencatatkan kemenangan 3-0 di Elland Road pada Rabu.

“Kecederaan yang dialaminya agak serius kerana ia berlaku di tempat sama yang mana dia pernah mengalami kecederaan itu.

“Sebagai seorang jurulatih dan bukannya pakar, saya boleh cakap dia berkemungkinan besar tak dapat diturunkan menentang Liverpool.

“Walaub agaimanapun kami masih menunggu keputusan penuh daripada pakar berkenaan kecederaan yang dialami Kovacic,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Mason Mount membuka jaringan terlebih dahulu sebelum Leeds mengalami tamparan hebat apabila Daniel James dibuang padang.

Pemain sayap, Christian Pulisic pula menyumbat gol kedua Chelsea pada separuh masa kedua dan Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan pertama The Blues dalam empat perlawanan sebelum ini

Chelsea yang berada di tangga ketiga kini mendahului lapan mata daripada Tottenham yang berada di tangga kelima dan akan menjamin kedudukan empat teratas jika skuad bimbingan Antonio Conte gagal menewaskan Arsenal di tangga keempat awal pagi esok.