Skuad futsal negara tewas dalam aksi sulung

Skuad futsal negara yang beraksi berdepan Thailand petang Rabu. - Foto Facebook FAM
Skuad futsal negara yang beraksi berdepan Thailand petang Rabu. - Foto Facebook FAM
A
A
A

SKUAD futsal lelaki negara tewas 2-6 kepada Thailand bagi acara futsal lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Arena Ha Nam petang Rabu.

Bermula garang sejak awal permainan, Thailand berjaya mendahului skuad negara 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ronnachai Jungwongsuk seawal minit pertama dan minit ke-19, Peerapat Kaewwilai (min-6 dan min-16) dan Muhammad Osamanmusa pada minit ke-8.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad negara mula mempamerkan kebangkitan dan menyaksikan Ekmal Shahrin merapatkan jurang menerusi gol pertama pada minit ke-35.

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat skuad negara dan seminit berselang menyaksikan Khairul Effendy Bahrin menjaringkan gol kedua buat skuad negara.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad futsal negara hanya seketika apabila Kaewwilai menjaringkan gol keenam yang juga merupakan jaringan hatrik daripadanya pada perlawanan berkenaan.

Skuad negara bakal berdepan Vietnam pada 14 Mei, Indonesia (16 Mei) dan menamatkan saingan round-robin bagi acara futsal kali ini dengan berdepan Myanmar pada 20 Mei.

Artikel Berkaitan: