Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kurau

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Kurau, Bagan Serai. - Foto ihsan pembaca
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Kurau, Bagan Serai. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

BAGAN SERAI - Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Kurau, Jalan Jeti di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, laporan awal diterima oleh seorang lelaki memaklumkan penemuan mayat lengkap berpakaian di tengah sungai.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur perlakuan jenayah berlaku terhadap mangsa.

"Pengecaman mayat mangsa tidak dapat dibuat berikutan keadaan fizikal selain tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa merupakan warganegara kerana terdapat tanda suntikan BCG pada lengan sebelah kiri.

"Punca kematian disebabkan mati lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.