Kelab permotoran cegah kegiatan merempit

Program himpunan ahli seluruh daerah di Pantai Teluk Ketapang bersama bekas PM, Datuk Seri Najib Razak.
A
A

KUALA NERUS - Penyertaan belia, beliawanis khususnya peminat jentera dua roda dalam persatuan atau kelab permotoran tempatan boleh membantu mengurangkan kegiatan merempit di negeri ini.

Mantan Presiden Y15ZR Terengganu Region, Md Yusazmi Yahya berkata, langkah itu mampu mendidik generasi muda menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Menurutnya, penyertaan dalam kelab dan persatuan juga akan membuka mata masyarakat bahawa ‘mat rempit’ mempunyai kebolehan mengurus serta merancang aktiviti bermanfaat.

"Yamaha Y15ZR Tranung Region ditubuhkan November 2015 di mana ketika itu keahlian sekitar 30 hingga 50 orang sahaja dan tahun ini keahlian telah mencecah hampir 1600 orang di seluruh daerah.

Md Yusazmi (kanan) dalam satu program kebajikan yang disertainya.
Md Yusazmi (kanan) dalam satu program kebajikan yang disertainya.

"Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha di daerah bertindak sebagai pemantau penuh kelab di daerah masing masing dengan mengamalkan konsep adik-beradik dengan ahli daerah lain," katanya.

Beliau berkata, bagi terus menarik perhatian golongan belia agar menyertai aktiviti kelab itu, pelbagai program diaturkan termasuk yang selari dengan jiwa mereka seperti berkonvoi selain program kebajikan.

Menurutnya, pembabitan mereka bukan sahaja memberi peluang untuk meneruskan aktiviti permotoran, malah turut diajar cara mengendali motosikal selamat dan mematuhi undang-undang jalan raya.

"Program terakhir diadakan yang dilihat mencapai kejayaan membanggakan adalah program himpunan ahli seluruh daerah di Pantai Teluk Ketapang bersama bekas PM, Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia