Arsenal perlu menang bertemu Spurs-Arteta

Nketiah meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika melayan kunjungan Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates. - Foto AFP
Nketiah meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika melayan kunjungan Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates. - Foto AFP
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal perlu menang dalam pertemuan menentang Tottenham Khamis ini sekiranya mahu beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan pertemuan menentang anak buahnya, Antonio Conte itu sangat penting sambil memberitahu hanya kemenangan akan mencerahkan peluang mereka untuk beraksi di pentas elit Eropah.

"Kami akan ke perlawanan itu dengan semangat yang sama seperti yang kami selalu lakukan terutama ketika mengetahui bahawa ia adalah detik penentu sama ada kami akan beraksi di pentas UCL.

"Ia boleh menjadi satu lagi motivasi buat kami melakukannya. Jadi saya tidak sabar untuk perlawanan itu.

"Kami mempunyai peluang terbaik dalam perlawanan tersebut. Kami memulakan musim dengan sembilan atau 10 pemain diketepikan dan bermain dengan dua pasukan terbaik di Eropah,” katanya selepas perlawanan menentang Leeds United pada Ahad.

Pada perlawanan tersebut, gol The Gunners dijaringkan Eddie Nketiah pada minit kelima dan ke-10 untuk Arsenal selesa mendahului babak pertama 2-0 selepas The Whites terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan Luke Ayling dilayangkan kad merah pada minit ke-27.

Leeds kendalian Jesse Marsch cuba bangkit pada babak kedua, namun gol hasil sentuhan Diego Llorente pada minit ke-66 tidak cukup untuk mengekang Arsenal memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates.

Untuk rekod, Arsenal kini empat mata mengatasi pasukan di tangga kelima Tottenham dengan masing-masing masih berbaki tiga perlawanan.