Arteta mahu Arsenal kembali digeruni

Arteta mahu memastikan Arsenal kembali mencabar pasukan teratas saingan domestik dan Eropah. - bFoto AFP
Arteta mahu memastikan Arsenal kembali mencabar pasukan teratas saingan domestik dan Eropah. - bFoto AFP
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta bertekad membawa The Gunners ke fasa cabaran selepas melanjutkan khidmat tiga tahun lagi yang mengekalkannya di Stadium Emirates sehingga 2025.

Malah tegas Arteta, menjadi impiannya untuk memastikan The Gunners kembali bersaing semula dengan pasukan teratas saingan liga dan Eropah pada ketika ini.

“Jadi bagi merealisasikan impian tersebut, kami perlu bermain dalam Liga Juara-Juara seterusnya mengembangkan daya saing pasukan, meningkatkan kualiti para pemain dan menambah baik semua bahagian pasukan.

“Saya juga teruja, bersyukur dan sangat gembira apabila pengarah Josh (Kroenke) juga senada mahu kelab menuju ke arah yang sama.

“Kami juga perlu mengubah pasukan ini dengan membentuk lebih banyak hubungan bersama-sama para penyokong serta merancakkan lagi atmosfera stadium,” ujar bekas pemain Arsenal berusia 40 tahun tersebut.

Arteta yang mengambil alih tugas pada 2019 selepas pemecatan Unai Emery, semakin hampir membawa Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara selepas lima tahun tidak beraksi di pentas berprestij kelab Eropah tersebut.

Untuk rekod, Arteta memenangi Piala FA bersama Arsenal pada 2019/20 selepas menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley, yang menyaksikan di musim penuh pertamanya sebagai pengurus tahun lalu berjaya membawa The Gunners menduduki kedudukan kelapan liga.

Arsenal yang kini di tempat keempat - tempat terakhir slot Liga Juara-Juara dengan baki empat perlawanan akan melayan kunjungan Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.