EU, Sinar Daily anjur wacana khas sempena Hari Eropah Isnin ini

Wacana khas ini bakal disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Daily dan laman sesawang Sinar Harian bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.
Wacana khas ini bakal disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Daily dan laman sesawang Sinar Harian bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Eropah (EU) dengan kerjasama Sinar Daily akan menganjurkan Wacana Khas Edisi Bahasa Inggeris sempena Hari Eropah pada 9 Mei, Isnin ini.

Editor Sinar Daily, Tasnim Lokman berkata, program dialog bertajuk 'Global Challenges in a Multipolar World' itu akan membincangkan mengenai geopolitik global dalam perspektif yang lebih luas dalam tempoh 45 tahun hubungan antara EU dan ASEAN.

Menurutnya, perbincangan juga akan meliputi hubungan EU-ASEAN termasuk peranan kedua-duanya di rantau Indo-Pasifik serta urusan perdagangan dan perdagangan.

"Wacana ini juga membincangkan situasi hubungan ASEAN termasuk menyentuh mengenai bagaimana konflik Ukraine-Russia memberi impak kepada Malaysia.

"Selain itu, situasi hubungan ASEAN yang lain juga akan dibincangkan contohnya mengenai apa yang berlaku terhadap Myanmar dalam hubungan dengan negara-negara ASEAN," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Tasnim, wacana khas itu akan diadakan di Studio F Karangkraf di Shah Alam dan bakal disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Daily dan laman sesawang Sinar Harian bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Katanya, forum dianjurkan bersama dengan Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya (UM) itu akan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Duta Republik Czech ke Malaysia, Milan Hupcej.

"Wacana khas ini akan dikendalikan oleh dan Penyelaras di AEI UM, Dr Rahul Mishra yang juga Pensyarah Kanan UM.

"Manakala, panelis terdiri daripada Pensyarah Ekonomi AEI UM, Datuk Prof Dr Rajah Rasiah; bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Duta EU ke Malaysia Michail Rokas," katanya.