Dobi sibuk musim perayaan, dijangka berlanjutan hingga Selasa

Keadaan kedai dobi Mohd Fauzi pada malam Jumaat.
Keadaan kedai dobi Mohd Fauzi pada malam Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha dobi di sini mengambil inisiatif menyelenggara semua mesin basuh dan pengering bagi memastikan ia dapat berfungsi sepenuhnya pada musim perayaan.

Mohd Fauzi Mohamed Azalli, 42, berkata, kebiasaannya dobi menjadi perhatian warga kota mencuci pakaian ketika musim perayaan kerana mudah dan cepat.

Menurutnya, kedainya yang terletak di Sentul mulai sibuk sejak hujung Ramadan lalu dan dijangka berlanjutan hingga Selesa selepas warga kota pulang dari kampung.

Mohd Fauzi mengeluarkan baju yang siap dikeringkan.
Mohd Fauzi mengeluarkan baju yang siap dikeringkan.

"Tujuh mesin basuh dan lapan mesin pengering diselenggara sejak minggu lepas sebagai persediaan dan setakat ini sambutan diterima menggalakkan apabila mesin sentiasa penuh serta digunakan secara optimum.

"Kedai saya terletak hampir dengan rumah bertingkat jadi kebanyakan pengguna lebih selesa membasuh di dobi kerana boleh terus keringkan baju dan tak perlu ruang untuk sidai pakaian, " katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Antara baju yang siap dikeringkan menunggu masa untuk diambil oleh pemiliknya.
Antara baju yang siap dikeringkan menunggu masa untuk diambil oleh pemiliknya.

Mengulas lanjut katanya, dia bersama seorang pekerja berada di kedai dobi berkenaan bagi membantu pelanggan menguruskan pakaian yang siap dicuci.

"Pelanggan biasanya tidak tunggu hingga baju siap dicuci sebaliknya ada yang pergi beli barang di pasar dahulu, jadi tugas kami adalah letakkan baju yang siap dicuci atau dikeringkan pada bakul disediakan.

"Biasanya pelanggan tidak marah dan faham bahawa mesin perlu dikosongkan untuk digunakan oleh orang yang sedang menunggu giliran," katanya.

Antara pengguna yang memilih mencuci baju di dobi ketika musim perayaan.
Antara pengguna yang memilih mencuci baju di dobi ketika musim perayaan.

Seorang pengguna, Hazlyana Karim, 19, berkata, dia terpaksa menunggu giliran menggunakan mesin pengering memandangkan semua mesin di kedai dobi berkenaan telah digunakan.

"Saya mahu gunakan mesin pengering untuk keringkan baju sebab nak cepat kerana perlu berlepas ke Langkawi tetapi terkejut apabila terpaksa menunggu giliran kerana semua mesin pengering telah digunakan.

Hazlyana
Hazlyana

"Biasanya tidak sibuk seperti ini, mungkin sebab orang baru pulang dari kampung dan terus ke dobi untuk cuci pakaian," katanya.

Seorang lagi pengguna, Siti Noransu Izzte Roslee, 28, berkata, dia mencuci baju di kedai dobi kerana mahu menjimatkan masa supaya dapat menumpukan perhatian untuk melayan tetamu yang bertandang ke rumah.

Siti Noransu Izzte
Siti Noransu Izzte

"Lepas pulang dari kampung Rabu lalu, saya dah selesai cuci baju raya, cuma hari ini cuci baju harian kerana kesuntukan masa dan perlu melayan tetamu yang mahu datang ke rumah.

"Biasanya saya cuci baju pakai tangan saja tapi disebabkan sekarang tengah musim perayaan, saya pilih cuci baju di dobi kerana cepat dan tak perlu longgokkan baju kotor, rumah pun akan jadi lebih kemas," katanya.