Banjir Pontian: 19 orang masih di PPS petang ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 19 orang daripada empat keluarga terjejas banjir di Pontian masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 51 orang daripada 11 keluarga pagi Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mereka yang merupakan penduduk Kampung Sri Segambut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya.

"Sebuah PPS iaitu di SK Seri Bukit Panjang telah ditutup pada 4 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat yang berterusan sejak kira-kira 5.30 pagi pada 4 Mei lepas, telah menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air. - Bernama