Cubaan lolos gagal, dua lelaki ditahan polis

Dua lelaki ditahan polis setelah kenderaannya berjaya dipintas berhampiran dengan susur keluar Tangkak dari arah utara Lebuhraya PLUS pada Khamis.
Dua lelaki ditahan polis setelah kenderaannya berjaya dipintas berhampiran dengan susur keluar Tangkak dari arah utara Lebuhraya PLUS pada Khamis.
A
A
A

TANGKAK - [DIKEMASKINI] Dua lelaki ditahan polis setelah kenderaan dinaiki berjaya dipintas berhampiran susur keluar Tangkak dari arah utara Lebuhraya PLUS pada Khamis.

Sebelum itu kereta dipercayai Toyota Vios putih itu dikejar polis lebuh raya dalam keadaan berbahaya.

Pemandu dipercayai telah melanggar sebuah kenderaan awam kerana kerap menyelit di antara dua lorong ketika dikejar polis.

Kenderaan itu kemudian ditahan di lorong kecemasan selepas terperangkap dalam kesesakan lebih dua kilometer di lokasi kejadian.

Kenderaan suspek berjaya dipintas berhampiran dengan susur keluar Tangkak.
Kenderaan suspek berjaya dipintas berhampiran dengan susur keluar Tangkak.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang diberkas terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta tersebut.

"Kenderaan tersebut didapati melarikan diri daripada polis. Kedua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanjut.

"Ujian awal kita dapati pemandu berkenaan di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing turut dijalankan terhadap kedua-dua suspek terbabit.