Real Madrid mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Benzema antara pencetak gol buat Real Madrid ketika menewaskan Manchester City di Santiago Bernabeu.
Benzema antara pencetak gol buat Real Madrid ketika menewaskan Manchester City di Santiago Bernabeu.
A
A
A

JUARA 13 kali Real Madrid bangkit dari ambang penyingkiran untuk menyingkirkan Manchester City 3-1 dalam masa tambahan bagi kemenangan agregat 6-5 pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu.

Manchester City terlebih dahulu mendahului 1-0 bagi melebarkan kedudukan agregat 5-3 apabila Riyad Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-73, sebelum pemain gantian Real, Rodrygo menyamakan kedudukan pada minit ke-90' diikuti jaringan kedua seminit kemudian untuk mengikat kedudukan 5-5.

Lima minit di masa tambahan, Karim Benzema menyempurnakan sepakan penalti selepas Ruben Dias melakukan kekasaran ke atasnya untuk mara ke final.

Juara La Liga itu akan berdepan Liverpool pada 28 Mei di Paris, sekali gus menyaksikan ulangan perlawanan akhir 2018 di Kiev yang dimenangi kelab Sepanyol tersebut dengan keputusan 3-1.

"Ini sungguh menakjubkan. Kami telah menumbangkan kelab besar yang membelanjakan banyak wang untuk membina pasukan mereka. Tetapi kami mempunyai sejarah kami.

"Dan apabila Real Madrid ke final, mereka akan memenanginya," kata penjaga gol Thibaut Courtois.