Polis kesan dua individu kes lelaki maut ditembak

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua individu warga tempatan dikesan berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang maut ditembak di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kedua suspek dipercayai terlibat dalam kes ini.

"Kedua suspek ini merupakan lelaki warga tempatan masing-masing berumur 40an dan 50an.

"Usaha mengesan kedua suspek ini sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, seorang suspek yang telah diberkas sebelum ini telah direman untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang juga merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40an direman bermula 4 Mei sehingga 9 Mei," katanya.

Pada Selasa, suasana gempar di sebuah hotel di sini apabila seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tembakan di Jalan Bukit Bintang di sini petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal dijalankan mendapati mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 7 petang oleh pekerja hotel berkenaan.

"Pemeriksaan dijalankan polis di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 40an itu mengalami kesan tembakan di bahagian dahi," katanya.