Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi

Polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang pada Selasa.
Polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 7 petang oleh pekerja hotel berkenaan.

"Pemeriksaan dijalankan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian dahi mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, siasatan mendapati mangsa berumur lingkungan 40-an datang dari Johor dan mendaftar masuk ke hotel itu pada petang Selasa.

"Mangsa dipercayai datang bersama seorang rakannya dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.

"Polis telah memberkas rakan mangsa untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: