X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

JSPT Kedah dekati p-hailing

Mohd Mahiri memakaikan topi keledar kepada penunggang p-hailing di pekarangan Aman Central di sini pada Sabtu.
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah mengadakan advokasi kepada penghantar p-hailing di daerah ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, p-hailing merupakan antara kenderaan yang kerap menggunakan jalan raya pada setiap waktu.

Katanya, golongan itu juga berisiko tinggi terhadap kemalangan jalan raya jika tidak lebih berhati-hati.

"JSPT Kedah mengambil peluang menasihati mereka dengan lebih dekat supaya berwaspada dan patuh undang-undang jalan raya," katanya ketika ditemui di pekarangan Aman Central di sini pada Sabtu.

Menurutnya, advokasi terbabit berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada kumpulan berkenaan.

"Penunggang yang memakai topi keledar tanpa pengesahan SIRIM turut diberi penukaran topi keledar sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!