‘Jiwa Liverpool’ menebal di hati Klopp

JURGEN KLOPP
JURGEN KLOPP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp telah menandatangani kontrak sambungan selama dua tahun bagi membolehkannya terus kekal berada di Anfield sehingga 2026.

“Bersama-sama dengan dua pembantu saya, Pep Lijnders dan Pete Krawietz, kami akhirnya telah membuat satu kesimpulan yang jawapannya adalah ya!

“Terdapat banyak perkataan boleh saya guna untuk menggambarkan perasaan mengenai berita ini...gembira, dihargai, bersyukur, dihormati dan teruja.

“Sepanjang saya berada di sini, pemilik kelab memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dan bersungguh-sungguh dengan kelab serta memiliki masa depan jelas,” kata Klopp.

Sebelum menandatangani kontrak baharunya itu, Klopp memberi bayangan awal dia bersedia meninggalkan Liverpool sebaik sahaja kontraknya tamat pada tahun 2024.

Keputusan Klopp itu pastinya menambah semangat Liverpool dalam misi memburu empat kejuaraan musim ini.