Meow Cafe kini berada di Klang

Upacara pembukaan Meow Cafe Klang secara rasmi pada 22 April lalu.
Upacara pembukaan Meow Cafe Klang secara rasmi pada 22 April lalu.
A
A
A

KLANG - Meow Cafe sebuah restoran yang menghimpunkan pelbagai hidangan tradisional dari dalam dan luar negara kini berada di Klang.

Restoran terletak di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi mula dibuka secara rasmi pada 22 April lalu dan merupakan cawangan kedua selepas Kuchai Lama.

Meow Cafe dalam satu kenyataan berkata, orang ramai dijemput untuk merasai sendiri keenakan hidangan tradisional dalam persekitaran selesa.

"Nikmati hidangan tradisional dari seluruh negara dengan cara moden dan hipster.

"Pengunjung boleh merasai masakan turun temurun dari dalam dan luar negara sambil bergambar.

"Meow Cafe menyediakan banyak tempat menarik untuk bergambar OOTD ( outfit of the day) untuk dikongsikan di Instagram," katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Meow Cafe terkenal dengan menu 328 Katong Laksa Singapura, Penang 3rd Road 888 Mi Hokkien, Mi Kari Kam Long, Mohd Chan Chicken Chop dan Melaka Jonker 88 Laksa Nyonya.

Pencinta kucing berpeluang membawa pulang t-shirt edisi khas atau cooler bag sempena pembukaan Meow Cafe Klang.
Pencinta kucing berpeluang membawa pulang t-shirt edisi khas atau cooler bag sempena pembukaan Meow Cafe Klang.

"Menariknya, hidangan ini disediakan oleh chef terkenal dan berpengalaman daripada pelbagai negara.

"Sebelum pulang jangan lupa mencuba Singapore 328 Katong Laksa yang memiliki banyak cawangan di Singapura dan yang paling terkenal terletak di East Coast Road yang pernah dikunjungi Chef Sebebriti, Gordan Ramsay" katanya.

Tambah kenyataan itu, pengunjung dapat menikmati diskaun sempena promosi pembukaan cawangan Klang yang berlangsung bermula 22 April hingga 6 Mei.

"Antaranya nikmati ais krim (Meow Fried) dengan harga RM1 selain Meow Curry Puff bersama Americano (panas) dengan harga sama. Turut ditawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi makanan sejuk beku.

"Pencinta kucing juga berpeluang membawa pulang cenderamata seperti cooler bag dan t-shirt edisi khas.

"Terdapat syarat dan terma yang dipatuhi seperti pelanggan perlu ikut langkah imbas kod QR percuma Hot Americano atau Yogurt Ice- Cream di aplikasi Meow Meow," katanya.