SPAN sedia pelan kontingensi hadapi musim perayaan

Mohd Jalaludin (tengah, bawah) dan Mohd Azizi (kiri, bawah) dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
Mohd Jalaludin (tengah, bawah) dan Mohd Azizi (kiri, bawah) dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyediakan pelan kontingensi sebagai persiapan bagi menghadapi musim perayaan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah (SPAN), Ir Mohd Jalaludin Sulaiman berkata, pelan tersebut merangkumi empat perkara utama dan salah satunya melibatkan status semasa berhubung permintaan bekalan air di sesuatu kawasan.

“Ia mustahak untuk kita nilaikan dan permintaan itu bergantung kepada sesuatu kawasan. Bagi Air Tidak Berhasil atau ‘Non Revenue Water’ (NRW), ia melibatkanProgram Jalinan Kualiti (QAP) ataupun kualiti air itu sendiri untuk pengguna dan kita akan menilai perkara tersebut

“Kedua, untuk musim perayaan ini kebiasaannya permintaan bekalan air akan bertambah ataupun berkurang. Itu kita akan nilai semula untuk kategori penambahan bekalan tersebut.

“Untuk perayaan,kebiasaannya permintaan bekalan air itu biasanya akan meningkat di kawasan perumahan atau kawasan yang mempunyai kediaman penduduk. Jadi kita akan tengok rezab margin untuk sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.

Mohd Jalaludin sebagai panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
Mohd Jalaludin sebagai panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Jalaludin berkata, perkara ketiga melibatkan pelan mitigasi dan ini penting bagi pihak operator untuk melihat apa yang perlu dilaksanakan setelah mengenal pasti punca masalah di sesuatu kawasan.

Menurutnya, perkara keempat pula membabitkan sistem khidmat pelanggan bagi memastikan pengguna dapat membuat aduan di semua platform yang disediakan termasuk Bilik Gerakan Operasi Operator, pasukan khas Emergency Response Team (ERT), talian hotline aduan serta emel aduan@span.gov.my.

“Apa yang mustahak adalah Emergency Response Team (ERT). Sebab kebiasaannya bila paip lama ini, sudah tentu ada kemungkinan berlaku paip pecah bila penggunanya tinggi dan ‘caring capacity’ (kapasiti bawaan) tidak mencukupi. Jadi ERT ini amat penting,” ujarnya.

Mohd Azizi sebagai panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
Mohd Azizi sebagai panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kawal Selia Operasi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Ir Mohd Azizi bin Abdullah berkata, SAMB telah membuat pelbagai usaha untuk menghadapi Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kadar rizab margin pada lapan hingga sembilan peratus pada masa ini.

Menurutnya, peratusan tersebut memberi sedikit kelegaan buat SAMB memandangkan situasi di kawasan Melaka tidak seperti situasi di negeri Kelantan atau Kedah yang mana akan dipenuhi dengan orang ramai yang pulang beraya ke kampung.

“Pada masa yang sama, kita juga memperbaiki kualiti yang telah disemak bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta secara berterusan bagi mengelak gangguan seperti air kotor dan lain-lain.

“Jika ada, kami akan terus mengadakan tindakan untuk membersihkan gangguan tersebut,” jelasnya.

Turut hadir adalah Ketua Jabatan Operasi Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), Mohd Ashri Awang; Pengurus Kanan Jabatan Agihan/NRW Syarikat Air Darul Aman (SADA), Hizaruddin Razak dan Mohd Fazil Ismail yang bertindak sebagai moderator.

=