Isteri ADUN Serting meninggal dunia

Allahyarhamah Datin Rashidah Ismail
Allahyarhamah Datin Rashidah Ismail
A
A
A

JEMPOL - Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi pada Rabu.

Allahyarhamah Datin Rashidah Ismail, 60, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban akibat penyakit spinocerebellar ataxia.

Pegawai Media ADUN Serting, Zainaul Abidin Raub berkata, Allahyarhamah menghidap penyakit berkenaan sejak lima tahun lalu.

Shamshulkahar menyambut orang ramai yang datang menziarah.
Shamshulkahar menyambut orang ramai yang datang menziarah.

"Namun keadaan kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini dan arwah meninggalkan dua orang anak.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Keli, Batu Kikir selepas solat Zohor," katanya.