Luas bangunkan makmal kimia, analisa sampel pencemaran

Penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melafazkan bacaan ikrar dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.
Penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melafazkan bacaan ikrar dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah membangunkan sebuah makmal kimia dalam menganalisa sampel-sampel pencemaran.

Kesemua sampel pencemaran ini akan digunakan dalam siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes-kes pencemaran.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Datuk Ir Hashim Osman berkata, ia dilaksanakan dalam usaha melengkapi kawalan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air.

"Makmal ini telah berjaya disijilkan dengan MS ISO 17025 pada 4 Mac yang lalu.

"Dalam masa sama, Luas turut mewajibkan setiap aktiviti berjadual yang berpotensi mencemarkan untuk berdaftar dengan Luas agar kadar dan kualiti pelepasan aktiviti-aktiviti ini dipantau supaya tidak memberi impak kepada sumber alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Hashim ketika menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Hashim ketika menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Dalam pada itu, katanya pelesenan dan caj-caj yang dikuatkuasakan Luas bagi aktiviti-aktiviti yang dikawal ini adalah bagi memastikan sumber air negeri serta persekitarannya mapan bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Konsep environment to environment dipraktikkan oleh Luas di mana hasil pengawal seliaan yang diperoleh digunakan bagi tujuan operasi dan mitigasi sumber air.

"Seperti mana yang berlaku di Taman Eng Ann pada 14 Mac lalu, kerja-kerja pembersihan tersebut ditanggung oleh Luas agar ianya dapat ditangani dengan segera dan tidak merebak serta memberi impak lebih teruk kepada sumber air," katanya.

Turut hadir sama merasmikan perhimpunan bulanan berkenaan adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.