Jualan Riang Raya Maxis tawar pilihan peranti luas, promosi menarik

Maxis menawarkan Pelan Pascabayar Hotlink 60 diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai pilihan peranti terkini
Maxis menawarkan Pelan Pascabayar Hotlink 60 diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai pilihan peranti terkini
A
A
A

SHAH ALAM - Maxis menawarkan Jualan Riang Raya dengan pelbagai tawaran menarik pilihan peranti mudah alih sempena Hari Raya Aidilfitri bermula Isnin sehingga 29 Jun ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, pelanggan kini boleh membeli hadiah untuk diri sendiri atau orang tersayang dengan pelbagai pilihan peranti kediaman mudah alih yang luas dan bernilai tinggi.

Menurutnya, Maxis menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet dan TV pintar terkini yang digabungkan dengan saling hubungan rangkaian terbaik sempena perayaan kali ini.

“Kami teruja untuk tawaran mampu milik ini sekali gus memudahkan pemilikan peranti dan memenuhi keperluan digital mereka untuk ‘Terus Menerajui’.

“Sambutan raya yang meriah disediakan dengan tawaran peranti terbaik sama ada kepada keluarga, pelajar, usahawan, profesional dan jurugambar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Keh Jiat berkata, Maxis menawarkan diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai peranti dengan kontrak 12 bulan bersama Maxis Postpaid 98 dan Maxis Postpaid 128 terhad pada tempoh jualan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara jenama menarik yang ditawarkan termasuk Honor, OPPO, Redmi, Samsung dan vivo.

Beliau berkata, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman kediaman rumah yang lebih menarik dengan Maxis Home Fibre, serta 70 inci Sharp 4K TV atau 65 inci Samsung 4K TV serendah RM21 sebulan.

Maxis Home Fibre tawar peranti idaman baharu
Maxis Home Fibre tawar peranti idaman baharu

“Selain itu, diskaun sehingga 90 peratus untuk peranti terkini tanpa bayaran pendahuluan dan tempoh kontrak daripada 12 bulan dengan Hotlink Postpaid 60 terhad pada tempoh jualan.

“Dapatkan saling hubungan perniagaan dengan perayauan data tanpa had di 55 buah negara daripada RM29 setiap bulan dan nikmati tawaran peranti eksklusif dengan Maxis Business Postpaid 98 dan Maxis Business Postpaid 128 yang kini tersedia dengan kontrak 12 bulan serta terhad pada tempoh jualan,” ujarnya.

Pelan Pascabayar Maxis 98 diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai pilihan peranti terkini
Pelan Pascabayar Maxis 98 diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai pilihan peranti terkini

Pada masa sama, Keh Jiat berkata, Maxis juga turut berkolaborasi dengan selebriti tempatan dengan merakam semula tiga lagu raya klasik seperti Balik Kampung, Selamat Hari Raya dan Selamat Berhari Raya yang dinyanyikan Ayda Jebat, Fatin Afeefa, Ellya Keesha, Nabil Mahir, Intan Najuwa dan Wafiy Ann.

“Lagu itu diolah dengan kelainan lirik dan muzik videonya tersendiri.

“Tonton persembahan istimewa mereka di saluran Facebook dan YouTube Maxis, di radio serta Maxis Stores,” jelasnya.