Serangan masjid Christchurch boleh berlaku di UK

G1
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Serangan keganasan ke atas masjid seperti yang berlaku di Christchurch boleh juga terjadi di United Kingdom (UK), kata seorang imam dari London.

Bercakap di New Zealand, imam Masjid Finsbury Park Mohammed Mahmoud berkata, serangan sedemikian boleh terjadi di London berikutan peningkatan Islamofobia.

"Kami sedar serangan di Christchurch boleh terjadi di UK dan kami berdoa ia tidak akan pernah berlaku.

"Harus diakui terdapat ancaman sebenar susulan keganasan ideologi radikal kanan, ketuanan kulit putih serta Islamofobia," kata Mohammed yang dijemput ke New Zealand untuk menyertai peringatan mangsa serangan masjid Christchurch yang meragut 50 nyawa.

Mohammed menambah, UK boleh belajar dari New Zealand bagaimana untuk menyatukan rakyat melalui kepimpinan serta tindakan berbanding retorik semata-semata.

Susulan serangan Christchurch pada 15 Mac lalu, pihak polis UK dilapor meningkatkan pengawasan terhadap semua masjid sebagai langkah berjaga-jaga. - BBC


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia