Sila log masuk terlebih dahulu.

Perantau disaran lakukan ujian kendiri Covid-19: MB Kelantan

Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan biskut raya kepada ahli jawatankuasa Kemudi di Kota Bharu pada Ahad.
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan biskut raya kepada ahli jawatankuasa Kemudi di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyarankan anak-anak perantau melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ujian kendiri itu penting dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19.

"Perkara ini bukan paksaan, tetapi pendekatan itu amat baik untuk kita semua dalam mencegah penularan jangkitan.

"Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri saya harap, rakyat negeri ini terus kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun negara berada dalam fasa peralihan endemik ketika ini," katanya semasa menyerahkan sumbangan biskut raya kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini pada Ahad.

Hadir sama Presiden Kemudi, Majidah Ismail.

Menurutnya, SOP masih lagi diperlukan kerana negara masih belum menang dalam melawan Covid-19.

Beliau berkata, perkara ini perlu terus dikekalkan dari masa ke masa bagi mencegah jangkitan itu daripada menular.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu turut mengingatkan, supaya para perantau berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Artikel Berkaitan:

"Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya.