Maxis lancar aplikasi Hotlink baharu

Aplikasi Hotlink baharu yang dilancarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.
Aplikasi Hotlink baharu yang dilancarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.
A
A
A

MAXIS telah melancarkan aplikasi Hotlink baharu untuk pelanggan prabayar dan pascabayar mendapatkan servis diperlukan melalui platform semua dalam satu.

Pelanggan yang memuat turun aplikasi semasa musim perayaan dan log masuk setiap hari hingga 7 Mei dijamin akses tawaran Raya Percuma.

Mereka juga berpeluang memenangi ganjaran eksklusif dan hadiah menarik bernilai RM100,000 termasuk Samsung TV 65” Ultra HD 4K, Apple iPad Pro 12.9” Wi-Fi + Cellular 256GB, dan baucar tunai Grab, Petronas, Shopee serta Zalora.

Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, Rabiras Rajakrishnan berkata, keperluan pelanggan sentiasa berkembang dan ia amat penting untuk Maxis menyokong gaya hidup digital mereka.

“Dengan perayaan Aidilfitri bakal menjelang, kami teruja untuk pelanggan Hotlink bersama-sama meraikan musim perayaan dengan ganjaran dan hadiah menarik,” katanya dalam satu kenyataan.

Maxis telah melancarkan aplikasi Hotlink baharu yang menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran yang menarik kepada pelanggannya.
Maxis telah melancarkan aplikasi Hotlink baharu yang menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran yang menarik kepada pelanggannya.

Beliau berkata, pengguna Prabayar Hotlink hanya perlu ‘Berbelanja & Menang’: Beli e-Baucar Ganjaran Hotlink melalui aplikasi Hotlink baharu untuk peluang memenangi hadiah menarik.

“Lebih banyak baucar yang mereka beli, lebih tinggi peluang mereka. Bermula 3 Mei hingga 17 Mei ini, pengguna juga akan dapat menerima tambahan 30GB data percuma dengan setiap pembelian HotlinkMU yang mereka buat,” katanya.

Sementara itu, bagi pengguna Hotlink Postpaid, mereka perlu Tuntut & Menang, log masuk setiap hari, tab ‘Ganjaran’ dan klik pada ‘Menang Hadiah’ untuk menuntut hadiah yang mereka inginkan untuk peluang memenanginya.

Tawaran Raya Percuma dan kempen Belanja Menang dan Tuntut & Menang akan berlangsung sehingga 7 Mei ini.