'Wang bukan segala-galanya untuk saya kekal di Liverpool'

Mohamed Salah
Mohamed Salah
A
A
A

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah mengakui masih belum membuat keputusan sama ada mahu kekal di Anfield selepas kontraknya bersama The Reds berakhir tahun hadapan.

Menurut pemain kelahiran Mesir itu, keputusan mengenai masa depannya tidak akan berdasarkan wang semata-mata memandangkan pelbagai faktor perlu diambil kira sekiranya dia mengambil keputusan untuk kekal di Anfield.

"Saya tidak pasti mengenai masa depan saya di kelab kerana saya masih ada baki kontrak setahun bersama pasukan.

"Ia bukanlah atas faktor duit semata-semata untuk saya kekal di sini.Tetapi saya percaya peminat mesti tahu apa yang saya mahukan sekiranya saya kekal di sini," katanya.

Untuk rekod, kontrak Salah akan tamat pada musim panas 2023 dan sehingga kini tiada persetujuan bersama dicapai untuk melanjutkan perjanjian.

Dalam pada itu, Salah turut memberitahu bahawa dia mungkin akan kekal di Anfield pada musim depan meskipun perbincangan kontrak lanjutan bersama Liverpool menemui jalan buntu.

Jelas pemain berusia 29 tahun itu, hasratnya ketika ini masih kekal untuk bermain di Liverpool sambit menyifatkan pasukan itu sangat bermakna buat dirinya.

“Kelab ini amat bermakna bagi saya. Saya menikmati karier bola sepak lebih daripada mana-mana pasukan yang saya sertai.

"Malah saya juga mempunyai banyak detik manis yang sukar untuk dipercayai seperti, memenangi trofi dan anugerah individu. Ia seperti sebuah keluarga di sini," katanya.