Sila log masuk terlebih dahulu.

Khidmat bas, teksi sempadan ke Malaysia disambung semula mulai 1 Mei

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Singapura akan menyambung semula perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan untuk pengembara lengkap vaksinasi mulai 1 Mei, berikutan pembukaan semula sempadan darat antara kedua-dua negara, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) bagi Covid-19.

"Apabila kami menyambung semula perkhidmatan pengangkutan persendirian merentasi sempadan darat Singapura dan Malaysia pada awal bulan ini, kami berjanji akan membenarkan lebih banyak mod pengangkutan secara beransur-ansur,” kata pengerusi bersama MTF, Gan Kim Yong pada sidang media secara maya hari ini.

Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Industri berkata, Singapura akan memulihkan perkhidmatan rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan perkhidmatan bas rentas sempadan merangkumi Perkhidmatan 160, 170 dan 170X yang dikendalikan oleh SBS Transit Ltd, Perkhidmatan 950 oleh SMRT Buses Ltd, dan Perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8 di bawah kelolaan Transtar Travel Pte Ltd.

Perkhidmatan ini tidak beroperasi sejak Mac 2020.

Waktu operasi perkhidmatan 160, 170, 170X dan 950 adalah antara 5.20 pagi dan 12.30 pagi dengan kadar kekerapan yang sama seperti pra-Covid sebelum ini.

Mengenai perkhidmatan teksi rentas sempadan, LTA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

"Pengunjung yang ingin mengembara ke Johor boleh menaiki teksi di terminal teksi Queen Street atau menempah teksi menerusi perkhidmatan teksi rentas sempadan berlesen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Susulan perkhidmatan bas rentas sempadan beroperasi semula, Perkhidmatan Bas Perjalanan Bervaksin sedia ada dikendalikan Transtar Travel Pte Ltd dan Handal Indah Sdn Bhd akan ditamatkan pada 1 Mei 2022. - Bernama