Ikan jerung terkam bot pemancing

Seekor ikan jerung putih menerkam ke arah sebuah bot yang dinaiki oleh David Tuckfield sekeluarga di selatan Perth, baru-baru ini. - Foto Nine News
Seekor ikan jerung putih menerkam ke arah sebuah bot yang dinaiki oleh David Tuckfield sekeluarga di selatan Perth, baru-baru ini. - Foto Nine News
A
A
A

PERTH - Sebuah keluarga telah merakamkan detik-detik yang menakutkan apabila seekor ikan jerung putih besar berukuran empat meter panjang menerkam bot yang mereka naiki ketika keluar memancing di selatan Perth, baru-baru ini.

Ketika kejadian, seorang bapa, David Tuckfield menaiki bot di luar pantai Mandurah, selatan Pert bersama isterinya, Kunya dan seorang anak lelaki pasangan tersebut yang berusia 14 tahun.

Dia dan keluarganya itu kemudian melihat ikan tersebut 'mengintai' di bawah permukaan bot bot itu.

Ikan itu berenang ke tepi bot dan membuka mulutnya lebar-lebar serta menggunakan giginya yang tajam untuk menggigit motor bot berkenaan tetapi gagal untuk membahamnya.

Hidupan laut itu turut mengelilingi bot tersebut selama kira-kira sejam.

"Saya tidak pernah melihat ikan yang sebesar itu," kata Kunya kepada agensi perkhidmatan berita Nine News.

Anak lelaki mereka, Shelby, terkial-kial dalam dakapannya akibat ketakutan.

"Anda boleh merasakan bot itu bergerak terumbang-ambing apabila ia melanggarnya," kata Tuckfield. - Agensi