Berang tidak diberi gaji, pekerja serang majikan guna kapak

Berang tidak mendapat baki gaji selepas diberhentikan kerja membuatkan seorang lelaki bertindak menyerang bekas majikannya dengan kapak dan pisau lipat dalam kejadian di Jalan Penang, pada Khamis. - Gambar hiasan
Berang tidak mendapat baki gaji selepas diberhentikan kerja membuatkan seorang lelaki bertindak menyerang bekas majikannya dengan kapak dan pisau lipat dalam kejadian di Jalan Penang, pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Berang tidak mendapat baki gaji selepas diberhentikan kerja membuatkan seorang lelaki bertindak menyerang bekas majikannya dengan kapak dan pisau lipat dalam kejadian di Jalan Penang, di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku jam 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 67 tahun mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 48 tahun itu dijanjikan bayaran gaji sebanyak RM1,700 oleh majikannya selepas diberhentikan kerja di kedai gambar mangsa pada 12 April lalu.

"Tidak berpuas hati dengan majikannya, suspek bertindak menyerang mangsa dengan menggunakan kapak dan pisau lipat.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, suspek yang sudah ditahan dan sedang mendapatkan perintah reman oleh mahkamah.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.