X

Kindly register in order to view this article
!

'Gadis anime' ditahan imigresen

Hasil pemeriksaan pihak imigresen telah menahan 11 warga asing termasuk lapan wanita.
A
A

KUALA LUMPUR - Festival anime di sebuah hotel terkenal di ibu negara yang disertai 'gadis anime' digempur Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Operasi Bersepadu kira-kira jam 2 petang, semalam, bertindak hasil maklumat dan risikan.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi di tingkat sembilan hotel terbabit telah memeriksa seramai 52 individu.

"Hasil pemeriksaan telah menahan 11 warga asing termasuk lapan wanita.

"Pemeriksaan mendapati tangkapan melibatkan warga Jepun (5 orang), Singapura (3 orang), Thailand (2 orang) dan Hong Kong (1 orang)," katanya.

Tambahnya, turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki majikan.

Mengulas lanjut, Hamidi berkata, festival ini dianjurkan tanpa mendapat kelulusan daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Katanya, warga asing ini dikesan melakukan kesalahan melanggar syarat pas lawatan sosial dan permit kerja.

"Siasatan mendapati warga asing ini masuk sejak beberapa hari lalu menggunakan pas lawatan sosial. Malah, difahamkan festival ini berlangsung selama dua hari," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!