City tawar Haaland gaji RM2.8 juta seminggu

Haaland bakal menikmati gaji lumayan jika menyertai City musim depan.
Haaland bakal menikmati gaji lumayan jika menyertai City musim depan.
A
A
A

MANCHESTER City telah mencapai persetujuan dengan ejen penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland yang bakal menyaksikan dia menjadi penerima gaji tertinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut laporan The Daily Mail, City telah menawarkan kontrak dengan bayaran gaji sebanyak £500,000 (RM2.8 juta) seminggu kepada penyerang muda Norway berusia 21 tahun itu.

Haaland mempunyai klausa pelepasan sebanyak £63 juta (RM350 juta) dalam kontrak semasanya dan City dilapor akan membayar klausa itu pada musim panas nanti sebelum membawanya ke Etihad dengan kontrak lima tahun.

Sebelum ini, Real Madrid, Barcelona dan Paris-Saint Germain (PSG) juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Haaland termasuklah dua kelab EPL - Chelsea dan Manchester United.

Dengan persetujuan kontrak semakin hampir untuk dicapai, City tampak berada di landasan yang tepat untuk mendapatkan tandatangan Haaland bagi mendahului pesaing mereka yang lain.

Menandatangani Haaland akan menjadi satu perubahan besar dalam perancangan City selepas mereka beraksi tanpa penyerang tulen hampir sepanjang musim ini.