Hampir dua jam tersesat di Bukit Jugra

Mangsa berusia 52 tahun yang tersesat ketika mendaki Bukit Jugra, Banting pada Selasa ditemui anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Mangsa berusia 52 tahun yang tersesat ketika mendaki Bukit Jugra, Banting pada Selasa ditemui anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
A
A
A

BANTING - Seorang lelaki yang tersesat ketika mendaki Bukit Jugra, di sini pada Selasa ditemui dalam keadaan selamat selepas hampir dua jam operasi pencarian dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.33 petang.

"Laporan awal memaklumkan mangsa lelaki tempatan berusia 52 tahun itu telah tersesat dan terpisah dengan isterinya ketika mendaki bukit terbabit.

"Mangsa bagaimanapun berjaya ditemui lima kilometer (km) dari lokasi masuk melalui kunci air Kampung Bandar, Banting," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mangsa berusia 52 tahun yang tersesat ketika mendaki Bukit Jugra, Banting pada Selasa ditemui selamat.
Mangsa berusia 52 tahun yang tersesat ketika mendaki Bukit Jugra, Banting pada Selasa ditemui selamat.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan luka kecil ditemui pada jam 6.02 petang dan telah diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, mangsa tersesat dipercayai disebabkan mangsa yang berada di belakang isterinya sebelum tertukar laluan ke jalan lain.

"Pada awalnya, pasangan dari Kepong, Kuala Lumpur itu datang untuk mendaki menuju ke rumah api Bukit Jugra," ujarnya.