Empat maut bangunan runtuh di Kalimantan Selatan

Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan. - Foto Bernama
Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan. - Foto Bernama
A
A
A

JAKARTA - Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan.

Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), sembilan mangsa diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital.

Basarnas menerima laporan pada 5.50 petang waktu Indonesia dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.35 pagi Selasa.

Siasatan mengenai punca runtuhan sedang dijalankan. - Bernama