Imej satelit bongkar kapal mewah rahsia Jong Un

Kapal itu dipindahkan pada awal Julai ke perairan berhampiran Semenanjung Kalma pada awal Julai lalu. Foto Agensi
Kapal itu dipindahkan pada awal Julai ke perairan berhampiran Semenanjung Kalma pada awal Julai lalu. Foto Agensi
A
A
A

PYONGYANG - Kapal mewah dipercayai milik pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sepanjang 80 meter (m) berulang kali dikesan menerusi imej satelit di perairan berhampiran Wonsan dari Julai hingga pertengahan Oktober.

Kolam renang sepanjang 50m di atas dek kapal itu lengkap dengan beberapa gelongsor air di salah satu hujungnya menjadi antara ciri yang menarik perhatian memandangkan kemewahan itu begitu ketara di sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya berdepan kesukaran ekonomi.

Selepas berbulan-bulan berada di sebuah fasiliti penyelenggaraan, kapal itu dipindahkan ke perairan berhampiran Semenanjung Kalma pada awal Julai lalu.

Kawasan itu terletak berhampiran Wonsan, sebuah pusat peranginan tepi laut yang turut menempatkan villa mewah milik Jong Un dan keluarganya.

Kapal itu bukan satu-satunya kapal besar yang dikesan berpindah lokasi. Beberapa kapal lain turut berulang kali kelihatan di perairan berhampiran vila berkenaan.

Bekas pegawai yang berpaling tadah dari Pyongyang, Ri Jong Ho mendedahkan kapal-kapal itu dipercayai digunakan oleh Jong Un dan keluarganya untuk aktiviti berenang dan rekreasi pada musim panas.

Media tempatan jarang melaporkan kegiatan percutian Jong Un. Sebaliknya, aktiviti sedemikian lazimnya digambarkan sebagai pemeriksaan rasmi atau lawatan bagi memberikan panduan.

Wonsan dilengkapi hotel, restoran, kedai, kemudahan sukan dan taman tema air selain mampu menampung hampir 20,000 pengunjung pada satu masa.

Media kerajaan Korea Utara dan saluran media Rusia turut menyiarkan gambar sekumpulan kecil pelancong Moscow mengunjungi pusat peranginan Wonsan Kalma yang dibuka pada Julai 2025.

Artikel Berkaitan:

Walaupun dibangunkan untuk menarik pelancong asing, pusat peranginan itu turut dibuka kepada pelancong tempatan. - Agensi

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!