Agong, Raja Permaisuri berbuka bersama ahli kabinet, perwakilan asing

Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Istana Negara pada Isnin. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Istana Negara pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama jemaah menteri, orang kenamaan dan perwakilan asing di Istana Negara, di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir di majlis itu bersama jemaah menteri yang lain antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Al-Sultan Abdullah berkenan menunaikan solat Maghrib bersama Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri pada Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara pada Isnin. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah berkenan menunaikan solat Maghrib bersama Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri pada Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara pada Isnin. - Foto Bernama

Orang kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Filipina, India dan Brunei.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta sunat tarawih berjemaah bersama tetamu dan diimamkan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Majlis berbuka puasa itu adalah kali pertama diadakan di Istana Negara selepas dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: