Pemandu Viva bawa kanak-kanak secara berbahaya dikesan

Tular video dimuat naik pemilik akaun Tik Tok yang memaparkan pemandu Viva membiarkan kanak-kanak mengeluarkan badan dan kepala di Persiaran Jengka menerusi video yang tular, pada Isnin.
Tular video dimuat naik pemilik akaun Tik Tok yang memaparkan pemandu Viva membiarkan kanak-kanak mengeluarkan badan dan kepala di Persiaran Jengka menerusi video yang tular, pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis mengesan pemandu Perodua Viva yang didapati membiarkan kanak-kanak mengeluarkan separuh badan dan kepala mereka dalam keadaan kenderaan sedang bergerak di Persiaran Jengka di sini menerusi video yang tular pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu terbabit untuk dirakam keterangan.

"Hasil semakan mendapati, kejadian tersebut berlaku di Persiaran Jengka menghala ke Jalan SS18 berdekatan LRT SS18, Subang Jaya, Selangor, namun tarikh serta masa kejadian tidak dikenal pasti.

"Satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

"Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah amat dialu-alukan melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.

"Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.

Pada Isnin, tular video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik pemilik akaun Tik Tok yang memaparkan kanak-kanak dibiarkan secara cuai di dalam sebuah kereta dengan mengeluarkan badan dan kepala di tingkap.

Artikel Berkaitan: