TH buka permohonan rayuan haji melalui aplikasi THiJARI

Pendeposit TH boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bermula 19 April sehingga 18 Mei ini.
Pendeposit TH boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bermula 19 April sehingga 18 Mei ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bermula 19 April sehingga 18 Mei ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abul Rahman berkata, permohonan secara dalam talian ini merupakan kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

Menurutnya, TH membuka permohonan rayuan haji sebelum jumlah kuota diumumkan sebagai langkah untuk mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat akhir.

“Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store sekali gus akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.

Jelasnya, pendeposit hanya perlu melakukan tiga langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

“Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my atau pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

“Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.