Tuchel puji persembahan Chelsea mara ke final Piala FA

Mount meraikan jaringannya ketika membantu Chelsea mara ke Final Piala FA selepas berjaya menewaskan Crystal Palace di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Mount meraikan jaringannya ketika membantu Chelsea mara ke Final Piala FA selepas berjaya menewaskan Crystal Palace di Stadium Wembley awal pagi tadi.
A
A
A

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel memuji persembahan anak buahnya yang berjaya memacu pasukan London itu ke final Piala FA untuk tiga musim berturut-turut.

Menurut jurulatih kelahiran Jerman itu, dia nyata gembira yang mampu beraksi dengan baik meskipun berdepan jadual yang padat apatah lagi The Blues baru tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas di tangan Real Madrid.

"Bukan satu tugas mudah untuk memenangi perlawanan ini memandangkan kami terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tiga pertandingan berbeza.

“Ia sangat mencabar daripada segi fizikal, saya rasa kami merupakan pasukan yang paling banyak minit permainan di Eropah, dan ia juga mencabar daripada segi mental.

"Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada pemain kerana berjaya bermain dengan bersungguh-sungguh dan sangat terkawal sehingga berjaya memenangi perlawanan ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Ruben Loftus-Cheek terlebih dahulu membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-65 sebelum pemain tengah, Mason Mount menggandakan kedudukan untuk memastikan kemenangan untuk penampilan final ketiga berturut-turut mereka di kejohanan itu.

Untuk rekod, kejayaan mara ke final Piala FA pada tahun musim ini merupakan yang kelima buat The Blues dalam tempoh enam tahun.

Malah ia juga peluang terbaik buat Chelsea untuk menebus kekecewaan selepas tewas kepada Arsenal dan Leicester pada tahun 2020 dan 2021.

Artikel Berkaitan: