Inkues Adib: Doktor, jururawat boleh beri keterangan

Boon Chye (dua, kiri) menyertai gotong-royong di Taman Rapat Setia Baru.
Boon Chye (dua, kiri) menyertai gotong-royong di Taman Rapat Setia Baru.
A
A
A

IPOH - Tiada halangan untuk mana-mana pakar perubatan mahupun jururawat tampil sebagai saksi dalam prosiding inkues punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka boleh berbuat demikian sekiranya mempunyai pandangan sendiri sepanjang terlibat dalam penjagaan sama ada ketika Allahyarham dalam keadaan kecederaan atau tempoh menerima rawatan.

"Ada banyak spekulasi timbul di media sosial dan Facebook berkenaan kes ini, ada yang, tidak benar dan tidak kurang dikatakan kurang tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecederaan Adib tidak seperti dipukul

"Oleh kerana prosiding inkues ini sedang berlangsung, ada baiknya sesiapa yang punya maklumat tampil ke hadapan, salurkan informasi-informasi berhubung kes ini melalui saluran yang betul supaya maklumat itu dapat dinilai sahih atau tidak," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang jururawat yang mendakwa kononnya kenyataan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi tidak tepat.

Dr Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 berpandangan corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada (toraks) bukan seperti biasa dialami seseorang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.

Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen balas di laman sosial media Facebook menyatakan bahawa kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh ‘violence’ (keganasan).

Artikel Berkaitan:

Wanita itu bagaimanapun membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataannya serta berharap pihak yang menularkan dakwaannya memadamkan kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Boon Chye berkata, dalam kes ini, jururawat juga adalah dibenarkan untuk tampil memberikan maklumat.

"Sebelum ini pun ada doktor yang beri maklumat, jadi bukan satu kesalahan untuk jururawat berkenaan cumanya perlu melalui saluran yang betul kerana apa yang penting adalah kita dapat kenal pasti apa yang sebenarnya berlaku, kepada Muhammad Adib, " katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gopeng itu ditemui pada program gotong-royong mega menghapuskan denggi di Taman Rapat Setia Baru.