‘Perbaharui komitmen, akhiri serangan kejam Israel terhadap Palestin’

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Komuniti antarabangsa perlu memperbaharui komitmen untuk mengakhiri serangan kejam tentera Israel terhadap Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, selain itu ia bagi melindungi kebebasan dan hak asasi manusia Palestin.

“Saya telah menghubungi Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin, TYT Dr Riad Malki menerusi telefon berhubung situasi terkini di Palestin.

“Saya telah menyatakan pendirian teguh Malaysia bersama rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan tentera rejim Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel pada Jumaat menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan ratusan jemaah cedera.

Pada Ahad, polis Israel dilapor sekali lagi menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera.

Rakyat Palestin yang berada di pekarangan masjid telah diusir menyebabkan berlaku pertempuran antara jemaah dengan polis Israel.

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan itu mesti dikecam sekeras-kerasnya dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia.

Artikel Berkaitan: