Penganggur ditahan samun tiga kedai serbaneka

Yahaya
Yahaya
A
A
A

IPOH - Polis percaya berjaya menyelesaikan tiga kes samun bersenjata kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar raya Ipoh dengan penahanan seorang penganggur pada Sabtu.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, Bercham kira-kira jam 12.55 tengah malam kurang 30 jam selepas menerima beberapa laporan samun bersenjatakan parang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan, polis turut merampas beberapa barang kes antaranya 46 kotak rokok, wang tunai RM244 dan motosikal yang digunakan suspek semasa tangkapan dibua

"Suspek yang baru keluar penjara Mac lalu direman selama lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392, 393 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: