Perdana Menteri sampai sumbangan, buka puasa di Bera

Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk setempat ketika hadir Majlis Berbuka Puasa sempena Program Jelajah Semarak Ramadan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Kuala Triang, pada Ahad. - Foto Bernama
Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk setempat ketika hadir Majlis Berbuka Puasa sempena Program Jelajah Semarak Ramadan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Kuala Triang, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama penduduk daerah Bera di Masjid Tengku Abdullah, Kampung Kuala Triang di sini.

Ismail Sabri sebelum itu menyampaikan sumbangan wang tunai dari Yayasan Petronas kepada 636 penerima terdiri daripada golongan memerlukan dari 11 kampung untuk membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Selain Kampung Kuala Triang, penerima terdiri daripada penduduk dari Kampung Bukit Imam Sulong, Kuala Bera, Bukit Gemuruh, Kampung Chuat, Bukit Rok, Kampung Ibam, Batu Papan, Bohor Bharu, Bukit Serdang dan Kampung Tengah Batu Papan.

Selepas berbuka puasa, Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, pulang ke kawasan Parlimennya pada hujung minggu ini bagi menyantuni penduduk menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan yang melibatkan penyerahan sumbangan dan majlis berbuka puasa.

Selain itu, beliau turut meluangkan masa menyantuni petugas barisan hadapan menerusi Program Singgah Sahur di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Balai Bomba dan Penyelamat Bera serta pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera. - Bernama

Artikel Berkaitan: